NADI KIDSVENTURE LIVE WEBINAR 16 (OPERASI PERNIAGAAN)

6 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Jun 2026 yang lalu, satu program bertajuk NADI Kidsventure Live Webinar 16 iaitu Operasi Perniagaan telah diadakan bagi memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta mengenai konsep asas operasi perniagaan serta peranannya dalam memastikan sesebuah organisasi berfungsi dengan cekap dan berkesan. Sepanjang program ini, peserta diperkenalkan kepada proses operasi perniagaan yang melibatkan perancangan, pengurusan sumber manusia, pengurusan inventori, kawalan kualiti, pengurusan kos dan penyampaian perkhidamatan kepada pelanggan. Program ini juga menerangkan kepentingan operasi yang sistematik dalam meningkatkan produktiviti, mengurangkan pembaziran serta membantu organisasi mencapai matlamat yang ditetapkan. Melalui perkongsian ilmu dan perbincangan yang dijalankan, peserta dapat memahami dengan lebih jelas bagaimana operasi perniagaan yang baik menyumbang kepada kejayaan dan kelestarian sesebuah organisasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali