Mahir Pertanian Pintar Minggu 12 (Keperluan Asas Tanaman Dan Pembajaan)

31 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Mac 2026 yang lalu, kursus mahir pertanian pintar minggu 12 telah dijalankan dengan memberi penekanan kepada keperluan asas tanaman dan teknik pembajaan yang betul. Dalam kursus ini, para peserta telah didedahkan kepada factor-faktor penting yang mempengaruhi pertumbuhan tanamana seperti cahaya matahari, airi, udara dan nutrien. Selain itu, peserta turut mempelajari jenis-jenis baja yang sesuai digunakan mengikut keperluan tanaman, termasuk baja organic dan baja kimia.

Penerangan juga diberikan mengenai cara pembajaan yang berkesan, masa yang sesuai untuk membaja, serta kuantiti baja yang diperlukan bagi mengelakkan pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Melalui kursus ini, para peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus tanaman dengan lebih sistematikdan efisien. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam amalan pertanian harian bagi menghasilkan tanaman yang sihat dan berkualiti tinggi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali