Mahir Masak Edisi Ramdan 2026 Bersama Chef Florence Tan (Udang Masak Lemak Nenas Dan Biskut Bijan Rangup)
27 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 26 Februari 2026 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan kelas mahir masak bagi edisi Ramadan 2026 Bersama Chef Florence Tan iaitu udang masak lemak nenas dan biskut bijan rangup. Kelas ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta. Sepanjang program berlangsung peserta berpeluang mempelajari teknik memasak yang betul, cara memilih bahan segar serta kaedah untuk memastikan keseimbangan rasa dalam hidangan.
Suasana program sangat meriah dengan sesi soal jawab dan perkongsian tip berguna daripada chef jemputan. Secara keseluruhannya, program ini memberi manfaat besar kepada peserta dalam meningkatkan kemahiran memasak serta menyediakan juadah istimewa untuk keluarga ketika berbuka puasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: