Tiny Techies Inovasi Robotik Siri 2
17 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mei 2026 yang lalu, program Tiny Techies Robotik siri 2 telah dijalankan dengan jayanya bagi memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas robotic dan komponen elektronik. Sepanjang sesi pembelajaran, para peserta telah mempelajari beberapa komponen elektronik asas seperti LED, push button, potentiometer dan resistor melalui pembelajaran interaktif menggunakan komputer. Selain itu, peserta juga diberi penerangan tentang fungsi setiap komponen serta cara penggunaannya dalam sistem elektronik dan robotic.
Program ini mendapat sambutan yang baik daripada peserta kerana aktiviti yang dijalankan menarik dan mudah difahami. Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan pengetahuan, kemahiran asas serta minat peserta terhadap bidang teknologi dan robotic selaras dengan perkembangan dunia digital masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: