Cybersecurity (Ancaman Siber Dalam Dunia Digital)
16 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari yang lalu, pihak sso telah mengadakan webinar atau kelas cybersecurity iaitu ancaman siber dalam dunia digital. Kelas ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta. Ancaman siber dalam dunia digital merujuk kepada pelbagai risiko dan bahaya yang wujud akibat penggunaan teknologi dan internet dalam kehidupan seharian, termasuk serangan penggodaman, penipuan dalam talian, perisian hasad (malware), kecurian data peribadi serta pencerobohan privasi.
Dalam era digital yang semakin berkembang, ancaman siber bukan sahaja menyasarkan individu malah organisasi dan institusi kerajaan, sehingga boleh menyebabkan kerugian kewangan, gangguan sistem, dan penyalahgunaan maklumat sulit. Kurangnya kesedaran keselamatan siber serta sikap cuai pengguna, seperti menggunakan kata laluan yang lemah dan mudah mempercayai pautan tidak sah, turut meningkatkan risiko serangan siber.
Oleh itu, pengetahuan dan Langkah pencegahan keselamatan siber amat penting bagi memastikan keselamatan maklumat dan kelangsungan aktiviti digital secara selamat dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: