Cybersecurity (Cara Kenalpasti File Berbentuk Virus)
13 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Februari 2026 yang lalu, pihak sso telah mengadakan webinar atau kelas cybersecurity iaitu Cara Kenalpasti File Berbentuk Virus. Kelas ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta. Dalam asas cybersecurity, kita perlu tahu cara mengenal pasti fail yang berkemungkinan virus supaya peranti sentiasa selamat. Antara tanda biasa ialah nama fail yang pelik contoh exe, apk atau zip yang datang daripada sumber tidak dikenali), saiz fail yang terlalu kecil atau besar berbanding biasa, mesej amaran daripada antivirus seperti Microsoft Defender, serta komputer atau telefon jadi perlahan secara tiba-tiba.
Selain itu, jangan klik pautan atau muat turun fail daripada emel, whastapp atau laman web yang mencurigakan dan sentiasa imbas fail menggunakan perisian keselamatan seperti keluaran Kaspersky. Paling penting, pastikan sistem sentiasa dikemaskini dan biasakan semak sumber fail sebelum buka. Dengan itu langkah mudah ini sangat membantu mencegah jangkitan virus.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: