MAHIR MASAK (KELAS RESEPI CRAB RANGOON)
5 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 4 September 2025 yang lalu, pihak NADI Mahir Masak telah mengadakan kelas iaitu membuat Crab Rangoon. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang memasak untuk membuat resepi yang baharu. Kelas resepi membuat Crab Rangoon ini sangat mudah kerana bahan yang digunakan mudah didapati. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah cream cheese, mayonis, garlic powder, garam, lada putih, minyak masak, crab stick, minyak bijan, daun bawang, serbuk perasa secukupnya, kulit wantan dan sos cili thai. Seterusnya, untuk membuat inti crab Rangoon, hendaklah dicampur semua sedikit demi sedikit dan digaul rata. Inti ini tidak perlu dimasak atau direbus kerana resepi hanya perlu menggoreng sekali selepas dibalut dengan kulit wantan. Dengan adanya kelas seperti ini para peserta dapat membuat perniagaan kecil-kecilan. Akhir sekali kepada para usahawan mahupun peserta yang bukan usahawan, mereka juga akan dapat meningkatkan pendapatan mereka dengan menjual crab Rangoon ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: