MAHIR INTAKE 2 MINGGU 1 (JAHIT & FOTO)

24 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Julai 2025 yang lalu, telah diadakan kelas pertama bagi peserta Mahir Jahit dan Mahir Foto intake 2 untuk minggu yang pertama. Kursus bagi setiap mahir ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dan ilmu yang baharu. Selain itu, bagi mahir jahit peserta akan mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian. Seterusnya, peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik. Kursus ini sesuai untuk semua peringkat, termasuk mereka yang tiada pengalaman menjahit, kerana ia menyediakan bimbingan langkah demi langkah oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Bagi mahir foto pula, kursus khas ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang padat dan praktikal kepada peserta tentang teknik menyunting gambar menggunakan aplikasi VSCO. Kelas ini sesuai untuk anda yang ingin memperbaiki kualiti kandungan visual, terutamanya untuk media sosial dan pemasaran. Peserta akan dibimbing secara langkah demi langkah oleh tenaga pengajar berpengalaman dari memilih penuras (filter) yang sesuai, hinggalah kepada penghasilan gambar yang lebih menarik dan estetik. Dengan adanya kursus seperti ini peserta dapat pengalaman dan ilmu yang baharu bagi setiap mahir yang disertai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali