CYBERSECURITY (FAHAMI RISIKO APK PADA TELEFON ANDA DAN USERNAME BOLEH DEDAH SEGALA)
28 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 Disember yang lalu, pihak sso telah mengadakan beberapa video cybersecurity iaitu fahami risiko apk pada telefon anda dan username boleh dedah segala. Dalam era digital ini, memahami risiko aplikasi (APK) pada telefon anda dan pendedahan username amat penting dalam keselamatan siber. Memuat turun aplikasi daripada sumber tidak sah boleh membuka ruang kepada perisian hasad seperti malware, spyware dan pencurian data peribadi tanpa disedari pengguna. Aplikasi berbahaya ini mampu mengakses mesej, gambar, lokasi malah maklumat perbankan. Selain itu, penggunaan username yang sama di pelbagai platform boleh mendedahkan identity digital anda, memudahkan penggodam menjejak akaun lain dan melakukan serangan seperti phishing atau pengambialihan akaun. Oleh itu, pengguna perlu memuat turun aplikasi hanya daripada platform rasmi, mengawal kebenaran aplikasi serta menggunakan username yang berbeza bagi mengurangkan risiko keselamatan dan melindungi privasi diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: