NADI CARE PODCAST WATER RESCUE UNTUK SEMUA TEKNIK MUDAH SELAMATKAN MANGSA TANPA BERENANG
19 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 Disember 2025, 4 orang ahli NADI Batang Maro telah mengikuti satu podcast NADI Care yang bertajuk Water Rescue untuk Semua: Teknik Mudah Selamatkan Mangsa Tanpa Berenang. Podcast ini sangat bermanfaat kerana para peserta dapat mempelajari teknik asas water rescue yang selamat dan praktikal. Antara perkongsian ialah cara bantu mangsa lemas tanpa merisikokan diri sendiri, teknik mudah dan logik tanpa perlu berenang dan kesilapan biasa orang buat bila panik. Melalui program seperti ini, para peserta mendapat kesedaran dan dapat menyampaikan ilmu ini kepada ahli keluarga dan sanak-saudara terdekat. Semoga program seperti ini mendapat lebih ramai sambutan dari komuniti pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: