NADI SAFE (TAKLIMAT BULI SIBER) NADI SHIELD (TAKLIMAT RISIKO PEMBELIAN ATAS TALIAN)

6 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2025 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan taklimat NADI Safe (Buli Siber) dan taklimat NADI Shield (Risikio pembelian atas talian). Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang murid sekolah rendah dan 3 orang dewasa. Topik yang pertama ialah buli siber yang boleh memberi kesan emosi dan mental kepada mangsa, jadi kita perlu berhati-hati dengan kata-kata ketika berkomunikasi di media social. Seterusnya hormati privasi orang lain dan elakkan menghantar mesej yang menghina, menyindir atau memalukan seseorang. Selain itu, topik bagi risiko pembelian atas talian pula adalah pembelian atas talian ini juga memudahkan kehidupan, namun ia juga datang dengan risiko seperti penipuan, barang tidak diterima, atau maklumat peribadi disalahgunakan. Oleh itu, sebelum membeli, pastikan penjual mempunyai reputasi baik, semak ulasan, dan gunakan platform yang dipercayai. Dengan adanya taklimat awareness seperti ini dapat memberi kesedaran yang lebih luas kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati semasa diatas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali