Tiny Techies Iot Inovasi (Html) Program Cuti Sekolah
29 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Disember 2025 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan program Tiny Techies bagi Sekolah Menengah untuk program cuti sekolah. Program ini dihadiri oleh 2 orang murid Tingkatan 1 dan seorang murid tingkatan 3. Tiny Techies HTML ialah pengenalan asas kepada dunia pembinaan laman web yang direka khas untuk pelajar muda. Melalui HTML, Tiny Techies belajar bagaimana halaman web dibina menggunakan tag mudah seperti tajuk, perenggan, imej dan pautan.
Aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran berfikir secara logik, kreativiti dan keyakinan dalam teknologi digital. Dengan pendekatan yang menyeronokkan dan mudah difahami, Tiny Techies dapat membina asas kukuh dalam pengaturcaraan serta bersedia untuk meneroka teknologi yang lebih maju pada masa hadapan, dan pembelajaran ini akan diakhiri dengan kuiz bagi menguji kefahaman pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: